Monday 23 April 2012

fakta ( benar)..

1- Sebuah kapal akan tenggelam,jika kapal yg di naiki itu adalah sebuah kapal selam.

2- Anda boleh menghentikan sebuah bas dgn menggunakan satu jari
dengan cara kumpulkan segala
 kekuatan kemudian tekanlah loceng.

3- Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam
 pembinaan sebuah helikopter.Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter 
memerlukan air sirap untuk menghilangkankeletihan semasa membuat helikopter, 
tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

4- Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta
 yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

5- Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi.
Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem LaDolce Vita yang 
diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960.Dalam bahasa melayu pula,ayah kepada seorang 
budak yang bernama Razzijuga bolehdikenali dengan nama papa Razzi.

6- Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia
berbeza dari segi rupa bentuknya.Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih 
boleh memakan lempeng
apabila dia berasa lapar.

7- Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung,api elektrik di rumah kita tidak akan aktif 
jika tidak membayar bilnyaselama tiga bulan.

8- Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

9- Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. 
Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang 
dimakan itu dibelanja oleh kawan kita....sekian

hahaha ....

No comments:

Post a Comment