Friday 6 April 2012

Akhirnya Keputusan Result SPM Elfira Loy Terbongkar!!



Sebagaimana pelajar lain yang berdebar-debar menanti slip keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hari ini, pelakon remaja yang semakin meningkat naik, Elfira Loy tidak terlepas dari merasa perasaan demikian memandangkan dia adalah salah seorang dari mereka.




Menjawab soalan di Twitter dari @faizal_hotfm, Elfira berkata bahawa dia akan pergi mengambil slip keputusan SPM pada jam 11 pagi tadi kerana menjangkakan ia hanya akan diumumkan pada setengah jam kemudiannya.
“Belum, kat rumah lagi dlm pukul 11 baru pegi sbb 11.30 mcm tu baru dapat,” katanya di Twitter pada jam 10.41 pagi tadi.
Selain itu, ramai juga peminat yang mengucapkan ‘selamat berjaya’ pada Elfira yang dikatakan tidak dapat menahan debaran menanti keputusan peperiksaan tersebut.
“Gud luck dik…wish u all the best k…” ucap Rosilawani Ismail atau @wanieyzahar kepadanya.
Elfira turut berkongsi gambar-gambarnya bersama rakan-rakan yang hadir di sekolahnya untuk mengambil keputusan peperiksaan SPM masing-masing.
Bagaimanapun, gadis genit ini dikatakan tidak mahu mendedahkan atau enggan ditanya sama sekali mengenai keputusan SPM miliknya itu biarpun beberapa kali di tanya peminat sama ada di laman Twitter atau Facebook miliknya.
Kengganan Elfira untuk berkongsi keputusan SPM miliknya itu turut mengundang spekulasi negatif dari seorang peminat yang beranggapan pelakon drama kanak-kanak ‘Tentang Bulan’ itu memperoleh keputusan yang kurang baik.




“Kantoi la agknye tu sbb xbg tanya,” komen Khairi Kamaruddin atau @kelabprotonsaga di laman Twitter milik Elfira.
Biar apa pun keputusan yang diperoleh Elfira, penulis berpendapat bahawa dia berhak untuk merahsiakan keputusan SPM yang diperolehnya pagi ini memandangkan ia adalah sesuatu yang agak peribadi bagi seorang selebriti sepertinya.
Sama ada Elfira peroleh kejayaan yang cemerlang atau tidak, sekurang-kurangnya dia berjaya menamatkan pengajian menengah dan berjaya memperoleh sijil SPM.
Mungkin Elfira merancang akan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di luar negara atau melangkah di dunia hiburan tanahair dengan lebih serius dengan mengikuti kursus bidang seni seperti Diana Danielle, siapa tahu?
Yang pentingnya, kita wajar berbaik sangka terhadap saudara seagama kita, kan?

No comments:

Post a Comment