Showing posts with label 2005-2006. Show all posts
Showing posts with label 2005-2006. Show all posts

Thursday, 12 January 2012

Thursday, 5 January 2012

TEKNIK-TEKNIK MEMBUAT NOTA

BERIKUT disenaraikan teknik atau susun cara atau pusingan pembelajaran yang boleh diamalkan . Ia boleh diubahsuai mengikut kesesuaian pelajar masing-masing :

1. Pilih satu tajuk dan baca nota .

2. Faham kandungan secara umum untuk menentukan fakta atau pokok persoalan .



3. Baca dan garis fakta .

4. Baca dan cuba fahamkan kaitan antara fakta yang digariskan dengan nota asal .

5. Keluarkan fakta dan salin pada kertas lain .

6. Faham fakta dan kaitannya dengan keseluruhan fakta daripada tajuk itu .

7. Susun fakta ( jika perlu )

8. Cuba tulis semula fakta-fakta tanpa melihat fakta-fakta yang telah ditulis dahulu .

9. Bandingkan apa yang kamu tulis .

10. Ulang hingga kamu puas hati .

11. Ulang membaca fakta , jika ada masa.

12. Simpan dengan baik untuk tujuan ulang kaji .

13. Mulakan tajuk baru dan lakukan proses no. 1 hingga no. 12, sehingga habis kesemua tajuk dalam sukatan pelajaran.



    ANDA BOLEH MENGGUNAKAN AYAT SENDIRI SUPAYA MUDAH DIFAHAMI

KEMAHIRAN MENDENGAR DALAM PEMBELAJARAN.

PPost Before “read more” And here is the rest of it 

Mendengar ialah satu daripada proses komunikasi dalam pembelajaran. Mendengar merupakan proses
rangsangan di mana pelajar menerima maklumat yang disampaikan. Proses mendengar yang berkesan akan membantu pelajar mengikuti pelajaran, memahami, mengingat dan membuat catatan.Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi aktiviti pendengaran. Antaranya ialah keadaan fizikal pendengar dan penyampai, keletihan mendengar, jarak atau kedudukan, suasana persekitaran, gaya penyampaian dan pengetahuan penyampai. Namun begitu apa yang lebih penting, penulis menyatakan teknik untuk mendengar secara berkesan perlu diamalkan seperti berikut.
  1. Mulailah proses mendengar dengan berdoa dan meminta perlindungan Allah.
  2. Hendaklah berkeadaan siap sedia.
  3. Menyediakan peralatan untuk mencatat dan menulis bahan yang didengar.
  4. Duduk berhampiran dengan penyampai supaya maklumat yang diperolehi adalah tepat.
  5. Menumpukan pendengaran, fikiran dan perhatian terhadap maklumat yang disampaikan.
  6. Telah mengetahui serba sedikit tajuk yang akan disampaikan.
  7. Sentiasa menjangka apakah fakta dan keterangan yang akan disampaikan.
  8. Menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap apa yang disampaikan.
  9. Mengelakkan gungguan-gangguan persekitaran.
  10. Mendengar sambil mencatat.

Tuesday, 22 November 2011