Diriwayatkan di dalam hadits, ketika seorang akan mati maka
akan datanglah malaikatul-maut kepadanya dengan bermacam-macam rupa. Ada
yang datang dengan rupa yang menyenangkan dan ada pula dengan rupa yang
menakutkan.
Jika ia datang kepada orang mukmin dan soleh yang sedang
nazak, maka ia akan datang dalam keadaan rupa manusia yang amat bagus dan
menyenangkan dengan memakai pakaian yang segak serta harum baunya.
Dimulakan pula dengan ucapan "salam" serta dengan budi bahasa yang
sopan kemudian barulah dicabut nyawa orang itu, tidaklah pula dengan kekerasan.
Kalau sekiranya bukan kepada orang yang soleh, maka datanglah malaikat maut itu
dengan rupa yangngeri dan menakutkan. Dengan keadaan rupa yang amat seram dan
mengerikan, lalu malaikat itu datang kepada si nazak dan terus merentap
nyawanya secara paksa, ganas dan laju sehingga si mati berasa terlalu sakit dan
merana!
Hal ini dapat disaksikan sendiri oleh kita iaitu apabila
kita melihat seseorang yang sedang nazak atau sakaratul-maut. Ada orang yang
ketika dalam sakaratulmaut, air mukanya nampak seperti sangat gelisah, ngeri
dan kecut perut apabila kita melihat wajahnya. Ada juga yang kelakuannya
seperti ayam yang sedang disembelih, waktu menghembuskan nafas yang terakhir,
mulutnya ternganga luas dan biji matanya terbeliak, amat menakutkan bagi
sesiapa sahaja yang melihatnya. Ini menandakan bahawa orang itu mati di dalam
keadaan yang amat menyakitkan. Dan inilah tandanya orang itu banyak membuat
dosa ketika hidupnya.
Lain pula halnya dengan orang mukmin yang sedang nazak,
walaupun sakitnya terlalu berat tetapi dirinya kelihatan sentiasa tenang
dan tenteram. Terbayang ketenangan hati pada wajahnya. Tidak nampak diwajahnya
keadaan takut atau ngeri. Kelihatan air mukanya sentiasa manis dan
berseri-seri, senyumannya terlukis di bibirnya, walaupun matanya sudah cengkung
serta muka yang pucat akibat sakitnya yang terlalu parah. Nenek penulis sendiri
pun meninggal didalam keadaan seperti ini. Alhamdulillah.
Tanda seseorang yang
beramal soleh adalah ketika meninggal dunia, wajah mereka kelihatan amat
tenang dan manis
|
Tatkala si nazak itu menarik nafas penghabisan ia kelihatan
sangat tenang dan tenteram, tidak gelisah sama sekali. Inilah tanda bahawa
orang itu ketika sekarat, dia merasa bahagia serta senang hatinya meninggalkan
dunia ini. Tidak perlulah kita meratap pemergiannya secara berlebih-lebihan.
Kata Imam Ghazali di dalam kitabnya "Ihya'
Ulumuddin", riwayat dari Ibnu Abbas: Katanya, Nabi Ibrahim a.s. adalah
orang yang sangat teliti. Beliau mempunyai ruangan khusus untuk dijadikan
tempat beribadat terhadap Allah swt, dan apabila beliau ingin keluar dari
rumah, selalunya pintu akan dikunci dan anak kuncinya dipegang sendiri oleh
beliau. Pada suatu hari, beliau membuka pintu kamarnya, beliau amat terperanjat
sekali kerana di dalam kamarnya ada seorang lelaki yang kelihatannya
mencurigakan.
Tanya Nabi Ibrahim : "Siapakah yang mengizinkan
engkau masuk ke kamar aku ini?"
"Yang menyuruhnya adalah pemilik rumah ini", Jawab
orang itu.
Kata Nabi Ibrahim : "Akulah pemilik rumah
ini"
Mendengar jawapan sedemikian, Nabi Ibrahim menjadi agak
terkejut, dan sambung bertanya lagi:
"Kalau begitu, siapakah engkau?"
"Aku adalah malaikatul-Maut"
Nabi Ibrahim bertambah terkejut lagi, tapi beliau tidak
menunjukan kekejutannya itu, dan lalu bertanya lagi : "Dapatkah engau
tunjuki rupamu bagaimana ketika engkau akan mencabut nyawa orang mukmin?"
"Tentu saja boleh", kata malaikatul-maut.. "Cubalah
alih pandanganmu kesana........."
Nabi Ibrahim melihat kearah lain. Kemudian ketika itu,
dilihatnya malaikat itu telah berganti rupa. Seorang pemuda lelaki yang tampan
bagus wajahnya, serta berpakaian segak pula dan harum.
No comments:
Post a Comment