Entomologi forensic mempunyai sejarah yang lama sehingga abad ke-13 di Negara China. Dalam suatu kes pembunuhan dengan pisau , semua peladang disitu disuruh meletakkan senjata mereka di atas tanah . Sekejap kemudian lalat mulai menghurungi pisau yang darah padanya tidak jelas kelihatan.
Seorang nakhoda di Hungary telah dituduh membunuh seorang pekerja di feri ketika dia
bertugas pada waktu malam hari .seorang pakar entomologi ( kajian serangga )forensic telah melihat renga( ulat lalat ) yang baru menetas daripada telur lalat. Pakar ini telah membuat autopsi pada mayat ini secara menghitungkan berapa lama telur lalat ini mengambil masa untuk menetas menjadi renga. Jangkamasa ini amat kritikal untuk menentukan bahawa mayat ini telah berada di jeti itu pada waktu siang hari sebelum nakhoda itu tiba disitu. Dia tidak mungkin melakukan pembunuhan ini. Mahkamah telah membebaskan nkhoda tersebut dan pembunuh sebenarnya telah tertangkap. Selepas tahun 1980-an barulah entomologi forensik telah diiktiraf sebagai suatu bidang saintifik dan sekarang sudah menjadi mata pelajaran di universiti Amerika.
No comments:
Post a Comment