Terlebih dahulu saya memberikan maksud Akhlak Islam, kerana sifat-sifat ini banyak dibincangkan dalam ilmu Akhlak. Maksud Akhlak ialah budi pekerti yang baik. Akhlak Islam ialah sepertimana Akhlak Nabi Muhammad saw yang mempunyai akhlak yang mahmudah (terpuji). Kehebatan akhlak Nabi tiada tandingannya dengan manusia lain. Ilmuan barat mengiktiraf Nabi sebagai manusia no 1 paling berjaya merubah peradaban manusia dari zaman kegelapan kepada zaman cahaya Islam. Apabila Siti Aisyah di tanya oleh seorang Arab Badawi mengenai akhlak baginda, maka beliau menjawab :
“Akhlak Rasulullah saw adalah seperti Al-Quran”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Jelas di sini, bahawa akhlak Nabi adalah sepertimana yang dikehendaki Al-Quran. Maka di sini, dinamakan orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah adalah orang yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah Nabi sebagai panduan hidupnya dan inilah yang dinamakan akhlak mahmudah (terpuji). Bagi sesiapa yang tidak menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya, maka inilah yang dinamakan sebagai akhlak mazmumah (tercela). Sesiapa yang tidak berpegang kepada syariat Islam atau tidak berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, orang itu aka nada dalam kesesatan yang nyata. Firman Allah yang bermaksud :
“Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan, dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa.” (Al-Baqarah : 177)
Sifat-sifat Mahmudah
- Taubah ialah keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat untuk tidak mengulanginya (taubat Nasuha).
- Zuhud ialah satu corak kehidupan insane mukmin yang mengekang jiwadaripada segala rupa kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan semua perkara yang tidak baik.
- Takut Allah ialah seorang muslim itu mengenali zat Allah melalui mengenal sifat-sifat Allah dan mempunyai jiwa yang takut akan melakukan perkara dosa atau perkara yang dilarang oleh Islam.
- Mahabbah (cinta Allah dan Rasul) ialah kasih seorang mukmin kepada Allah dan RasulNya melebihi segala yang lain. Melahirkan jiwa insan yang benar-benar cintakan agama dan rela mengorban dirinya ke jalan Allah.
- Sabar ialah separuh dari iman. Sabar juga adalah susah untuk dipraktikkan dalam diri seseorang kecuali mukmin yang kuat imannya dan redho segala ujian dari Allah.
- Syukur ialah seorang mukmin yang sentiasa berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan. Bersyukur kepada Allah ini banyak caranya seperti melaksanakan segala ibadah kepada Allah dengan hati yang ikhlas. Sentiasa memuji Allah dengan menyebut kalimah tayyibah (Perkataan yang baik) seperti Allah Akbar, Subhanallah, Alhamdulillah dan sebagainya.
- Ikhlas dan benar ialah mukmin yang sentiasa membersihkan amalannya dinamakan orang yang benar ikhlas. Setiap amalan ibadah atau pekerjaan agama hendaklah dilaksanakan dengan ikhlas hati, ihsan kepada Allah dengan sebenar-benar ibadah seolahnya Allah berada dihadapan kita.
- Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah setelah berazam dan diikuti dengan usaha.
- Reda dengan qadak Allah ialah salah satu daripada sifat mahmudah. Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar.
- Mengingati mati ialah mukmin yang sentiasa mengingati mati adalah orang yang pintar, kerana mereka sentiasa bersedia untuk mati dengan segala ibadah yang dilaksanakan.
Sifat Mazmumah
- Gemar Makan dan Minum. Hadis Nabi saw yang bermaksud : “Yang terlebih Afdal(utama) pada Allah swt ialah orang yg banyak berlapar dan banyak tafakur (berfikir sambil meneliti) Dan yang terlebih benci kepada Allah ialah orang yang banyak makan, banyak tidur dan banyak minum”.
- Banyak berkata-kata perkara sia-sia ialah manusia yang suka berkata-kata, berbual-bual dan bersembang-sembang perkara yang laqa (lalai) seperti mencaci orang, menfitnah, hanya kepentingan dunia, perkara tanpa faedah dan sebagainya. Firman Allah swt yang bermaksud : “Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan2 mereka, melainkan bisikan2 daripada yang menyuruh (manusia) bersedekah, atau berbuat makruf, atau mendamaikan manusia”. (An-Nisa : 114)
- Marah ialah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Orang yang demikian, selalunya didorong oleh pengaruh Syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya.
- Hasad dengki, dan iri hati ialah seseorang itu rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi orang lain lalu mengharapkan nikmat itu terhapus daripadanya. Hadis Nabi saw yang bermaksud : “Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan , sebagaimana api memakan (membakar) kayu.”
- Kasih kepada harta ialah seseorang yang memiliki harta dan kemewahan hidup. Tetapi kemewahan yang membawa kepada sifat bakhil , tamak haloba dan juga membazir dibenci oleh Islam.
- Takbur, punca berlakunya sifat takbur adalah dari banyak sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.
- Riyak, orang yang riyak pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.
- Ujub ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujud bererti berasa hairan dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan , kepandaian, kekayaan dan lain-lain.
- Kasih akan Dunia ialah orang yang mempunyai hati yang sentiasa berpaut kepada kehidupandan kesenangan dunia akan menyebabkan seseorang itu takutkan mati. Firman Allah yang bermaksud : “Ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia adalah permainan, senda gurau, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba dalam mengumpul harta kekayaan dan anak pinak.”(Al-Hadid : 20)
Nasihat dan Peringatan
Sebagai seorang Islam yang mengaku dan percaya akan adanya Allah, Maha Esa Allah, Allah Penguasa Alam dan sebagainya lagi, maka perlulah dan wajiblah kita tunduk dan patuh kepada perintah Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Kita wajib membenarkan hati, perbuatan dan perkataan akan setiap perkara yang dibawah oleh Nabi Muhammad saw adalah dari Allah. Panduan bagi umat Islam untuk menuju kepada Allah atau menuju redho Allah adalah perlu menjadikan Nabi sebagai contoh ikutan dalam setiap amalan kehidupan kita. Jangan jadikan artis atau mana-mana tokoh bukan agama sebagai ikutan atau idola, kerana mereka ini akan menyesatkan kita semua. Kecuali kita jadikan ulamak atau orang alim sebagai idola dalam kehidupan kita, kerana orang alim atau ulamak adalah pewaris Nabi dan mereka adalah penerus dari usaha dakwah Nabi. Kita tidak akan sesat selamanya jika dijadikan ulamak sebagai panduan dan idola sebab mereka hidup dalam ketaqwaan kepada Allah dan mereka juga dekat diri dengan Allah.
Sebagai seorang Islam yang mengaku dan percaya akan adanya Allah, Maha Esa Allah, Allah Penguasa Alam dan sebagainya lagi, maka perlulah dan wajiblah kita tunduk dan patuh kepada perintah Allah yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Kita wajib membenarkan hati, perbuatan dan perkataan akan setiap perkara yang dibawah oleh Nabi Muhammad saw adalah dari Allah. Panduan bagi umat Islam untuk menuju kepada Allah atau menuju redho Allah adalah perlu menjadikan Nabi sebagai contoh ikutan dalam setiap amalan kehidupan kita. Jangan jadikan artis atau mana-mana tokoh bukan agama sebagai ikutan atau idola, kerana mereka ini akan menyesatkan kita semua. Kecuali kita jadikan ulamak atau orang alim sebagai idola dalam kehidupan kita, kerana orang alim atau ulamak adalah pewaris Nabi dan mereka adalah penerus dari usaha dakwah Nabi. Kita tidak akan sesat selamanya jika dijadikan ulamak sebagai panduan dan idola sebab mereka hidup dalam ketaqwaan kepada Allah dan mereka juga dekat diri dengan Allah.
No comments:
Post a Comment