Wednesday, 18 April 2012

JUST FOR FUN : LAWAK



LAWAK WEIH!!!!!!

            Ini sebuah cerita yang saya baca di  laman web www.lawakjenaka.com jika anda ingin gelak ketawa sila layari website ini!
http://lawakjenaka.com/bahasa-melayu/lawak-bodoh/karangan-budak-darjah-3.html





KARANGAN


Nama:Ali                                                                         Kelas:3 Bestari

SOALAN B
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam  batang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api  kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke   pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali  dengan
garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan   sejauh 120
kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer
nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru  dengan laju
dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam
gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya   naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut
berlari di   belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu  lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu
sama  dengan kelajuan cahaya. Kami pula
terpaksa mengejar dengan lebih laju   iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat  menerajang tayar depan lori itu. Lori
itu terbabas dan melanggar pembahagi   jalan lalu bertembung dengan
sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang  feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati. Pemandu feri itu sangat  marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire pemandu lori.    Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia..lori itu bertukar  menjadi robot Transformer. Mereka
bergaduh di udara. Emak saya tidak   puas hati. Dia pun terus menyewa
sebuah helikopter di Genting Highlands  dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah  bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu
feri itu terkejut dan terus bertukar   menjadi pemandu feri semula lalu
terhempas ke jalanraya. Pemandu feri  itu pecah. Pemandu lori sangat
takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf   dari emak saya. Dia menghulurkan
tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya  masih marah. Dia menyendengkan
helikopternya dan mengerat tangan  pemandu lori itu dengan kipas
helikopter. Pemandu lori itu  menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.



Emak say menghantar helikopter itu ke  Genting Highlands. Bila dia balik
ke tempat kejadian, dia terus memukul   pemandu lori itu dengan beg tangannya
sambil memarahi pemandu lori itu di  dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori
itu tidak dapat menjawab sebab emak  saya cakap orang putih. Lalu pemandu
lori itu mati.

Tidak lama kemudian   kereta polis pun sampai. Dia membuat
lapuran ke ibu pejabatnya tentang  kemalangan ngeri itu. Semua anggota
polis di pejabat polis itu terperanjat   lalu mati. Orang ramai
mengerumuni tempat kejadian kerana ingin  mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cubamenyuraikan  orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang   ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke  pasar untuk mengelak lebih ramai
lagi yang akan mati.
Di pasar, emak saya  menceritakan kejadian itu kepada
penjual daging. Penjual daging dan  peniaga-peniaga berhampiran yang
mendengar cerita itu semuanya terkejut  dan mati. Saya dan emak saya
terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu   penat sebaik saja sampai di
rumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang  paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.



sumber : www.lawakjenaka.com


No comments:

Post a Comment