Saturday 3 November 2012

ALEXANDER vs Iskandar Zulkarnain

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Alexander The Great mengingatkan aku kepada filem Alexander yang diarahkan oleh Oliver Stones.Seorang pengarah yang Kontroversi.Ditangan Oliver, Alexander digambarkan seorang Biseksual,gila kuasa, penyembah Dewa-dewi, dan lemah pendirian.Segala tindak-tanduknya dibawah kawalan ibunya,Olivia.Alexander mengikut acuan barat adalah seperti berikut:
Alexander adalah anak kepada Raja Philips II yang memerintah Macedonia. Setelah bapanya terbunuh Alexander menjadi raja.Seterusnya memulakan penaklukan dengan memusnahkan Empayar Parsi di bawah pemerintahan Darius I.Penaklukan diteruskan sehingga meliputi Asia Barat, Tengah, dan Asia Selatan.Alexander gagal memasuki India setelah angkatannya musnah di tangan Raja Chola.Kemuncaknya, Alexander di bunuh dengan racun oleh Pengikut-pengikutnya.Hayatnya terhenti pada usia 33 tahun.Ironiknya, Alexander diabadikan dalam Sejarah dunia sebagai Penakluk Agung.Sejarahwan Barat menerima bulat-bulat lagenda ini sebagai sejarah.
Alexander the Great bukanlah ciri-ciri raja yang disebut dalam Al-Quran.Sebaliknya Iskandar Zulkarnain adalah Raja yang soleh, menyembah Tuhan yang Esa.Namun, Al-Quran tidak menceritakan siapakah Manusia istimewa ini secara menyeluruh.Menurut Sejarahwan Islam,Iskandar Zulkarnain adalah sekadar nama.’Zulkarnain dalam bahasa Arab bermaksud 2 tanduk.2 tanduk ini adalah simbolik kepada raja yang berjaya menyatukan Timur dan Barat.Adalah dipercayai,Khurosh Komeni, raja Parsi adalah Manusia yang memenuhi ciri-ciri yang disebutkan oleh Al-Quran.Khurosh adalah raja kerajaan Myra yang bermusuhan dengan kerajaan Himyar.Dan Khurosh berjaya menyatukan kedua kerajaan ini menjadi satu empayar yang luas.Khurosh juga dikatakan penyembah Zoster, iaitu menyembah agama yang satu.Khurosh juga dikatakan memulakan penaklukkan dari Timur ke Barat dalam usahanya meluaskan kuasannya.Ketika ini beliau telah bertemu dengan golongan barbar yang di ancam dengan Yakjuj dan Makjud.Ketika ini, Khurosh mengarah satu tembok dibina bagi menghalang kemaraan makhluk ini.Khurosh juga dikatakan berkawan rapat dengan Nabi Daniyel yang juga dipercayai sebagai penasihat beliau.Dan apaling utama Khurosh telah membuat dekri berkaitan Hak asasi manusia yang mana Khurosh menamatkan konsep perhambaan.Dekri ini boleh ditemui di British Muzium.
Sesungguhnya perdebatan siapakah Iskandar Zulkarnain tidak ada penghujung.Hanya Allah yang Maha mengetahui segala-galanya.Siapapun Beliau, Allah telah memberi kuasa dan pemerintahan yang luas.Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya. 

1 comment: